Tuesday, November 3, 2015

Aku cuma terfikir.
Secara tiba-tiba.
Definisi cinta kita semua.
Hanya terbatas pada apa, yang terlihat kasar oleh fizik mata sahaja ke?

Aku cuma terfikir.
Kalau kita gagal jadi
Apa yang orang lain mahu kita jadi,
Maka gagalkah kita sebagai manusia?

Tak. Aku cuma terfikir.
Bagaimana sempitnya fikiran kita.
Tapi aku tak nafikan juga.
Itu memang lumrah kita manusia.

Lalu aku mula terfikir.
Apa yang buat kita dilayakkan Allah untuk mentadbir bumi ni?

No comments:

Post a Comment