Jika sempurna yang kau cari. Bukan aku.
Jika memujamu yang kau mahu. Bukan aku.
Jika kecantikan yang kau mahu. Bukan aku
Jika harum wangi yang kau mahu. Bukan aku
Aku tidak buka siapa aku pada mereka yang aku tidak selesa.
Aku tidak dedahkan aku pada mereka yang aku tiada kenal tanpa bual bicara.
Dengan masa, perlahan-lahan aku mendekati dan memahami.
Bila sudah lepas ketara siapa aku sebenarnya,
Bauku tidak seharum satsuma.
Rupaku kusam penuh dosa tiada seri.
Apapun yang mereka lihat tika itu pada diriku sudah tidak seperti diawal momen perkenalan.
Tidak lagi seperti imaginary mereka.
Selut duri pernah aku redah.
Aku tahu ada yang calar berdarah lebih parah daripada aku.
Fitrah manusia berdosa seperti aku merasa terseksa dengan dugaan yang mungkin pada kalian remeh saja.
Entahlah, bila bau busuk sudah kau bau.
Kau mula jauh melarikan diri.
Tika sineri ini berlaku, tanyakan pada hatimu, adakah kau sudah bersedia mencari rusukmu.
Bukan sekadar mencari, tapi lebih kepada menerima.
Kerana kahwin itu satu ikatan tersimpul mati yang tiada istilah cuba cuba
Dan
Tiada juga tempoh yang kau tahu panjangnya berapa lama.