Aku disuatu ketika yang aku tak tahu;
Kami ketawa bersama walaupun aku tak berapa tahu apa yang kami bualkan. Aku tak tahu pula bagaimana dengan dia. Kawan-kawan aku yang lain ada disebelah aku. Turut ketawa.
Aku tidak pernah kenal lelaki yang ada dihadapan aku saat ini.
Malah tidak pernah sekali pun berjumpa.
Kali terakhir yang aku ingat, aku dan kawan kawan yang lain dihalau dari rumahnya.
Mummy dia tak suka. Katanya ngak level!!
entah macam mana, aku berada di kafe sebuah hospital,
aku nampak kelibat mummy lelaki yang berbual dengan aku tadi. Tubuhnya dalam pakaian yang merah menyala. Menyala sangat. sakit mata ~_~
Aku rasa masa macam berhenti sekejap. Pergerakan aku lambat sangattt.
Macam ada yang menarik atau menahan aku dari terus meneruskan langkah.
Aku mahu menghindar dari mummy lelaki yang tak aku kenali tu.
Aku masih belum lupa bagaimana tajamnya matanya menikam anak mata aku,
gara-gara aku lawan kata -katanya.
Seingat aku, aku katakan pada dia begini "hey, datin ingat anak datin sorang je ke yang buat kerja? saya ni lantai sana saya basuh, lantai yang datin tengah pijak ni pun saya yang basuh tau!! Lagipun, saya tak ingin pun la masuk rumah datin ni"
Aku tersungkur dilantai kafe hospital tetapi aku lega kerana aku tak bertembung dengan datin lagi. Aku tak mahu cari gara-gara di hospital.
Aku bangun dan aku teruskan perjalanan.
Aku lihat, begitu ramai orang perempuan di dalam rumah mak long.
Mereka semua berbaris didalam satu barisan berbeza lelaki dan perempuan.
yang lelaki di depan dan yang perempuan dibelakang.
Aku nampak diri aku bersimpuh di dalam barisan di kedudukan yang paling hujung.
Tiba-tiba aku bersuara ''Nana ada benda nak beritahu korang semua''
Semua jemaah menoleh ke arah aku dan..
aku terjaga dari tidur. Aku tak tahu pun apa meaning of this dream. Yang pasti, kini wajah lelaki yang aku jumpa dan juga wajah datin merangkap mummy lelaki tu dah beransur pudar dan aku boleh katakan bahawa aku tak dapat cam wajah mereka andai kata kami berjumpa pula di dunia reality.